May 19, 2013

day 5/30 what makes you different from everyone else

mole aku bole?
tak pun gigi aku.. wakakaka

nice day. come to me lai lai

May 16, 2013

cabaran pre konvo : backpacker part 2

hai hai! jakarta 
hihi

sambungan dari entry nih. sebab ade yang duk tanye "eh shida bagitau la ko pegi jenjalan kat mane" haha maka aku sambung journey kiteorang yang okay la rather than nothing nie kan. ahaks ;)

day 1 : sampai je kat stesen bus seksyen 17 SA tuh, kami terpegun. ingatkan ada accident ker ape rupenye orang ramai mostly students berebut nak naik teksi. dieorang tak queue tau dieorang macam tunggu berdiri reramai. teksi pulak datang sebijik sebijik.  kat sini skill mencilok amat diperlukan. badan kurus untung la berebut teksi cepat je dapat.. kihkih.

pagi tuh, mandi solat then pegi DATC. kawan dah bagitau makan la dulu nati kat sane cafe jauh. takde! kami tak dengar cakap. naik bus uitm pegi sane. free.. jimat di situ.. pukul 8 dah ada kat DATC. sebelum sampai kami survey area stadium uitm.. haha.. rajin kan.. sampai je gegelak makan tunggu wani izyan. bercakap dengan abg yang paksa kami amek photoshoot dengan die.. kahkah.. tup tup muncul daus dengan gaya melambai.. pastuh amin dari jauh lagi duk sengih then wani. izyan paling lambat..booo~~ *motip*

shortkan cite, tengah hari tuh wani bawak makan kat restoran comel ade bentuk love kat meja.. maybe wani tau kiteorang tak makan lagik.. siap buat muka kesian .. hehe.. malam tue, hajat hati nak pegi i-city. sebab nampak kot dari koridor nak pegi tandas hostel. abg datang amik tapi tersekat dalam jem kat area stadium kelana jaya. time kasih la buat perhimpunan kat situ. :'( kesian abg kita dari kul 9 sampai kul 12 tak boleh nak gerak duk je dalam kete tau. kami pulak tunggu kat uitm sempat lagik pegi shopping kat booth depan kolej..

tengah hari esoknye kami makan kat seksyen 2. amek nasi putih udang masak merah sayur air dengan kerabu mangga hanya rm2.50 je! murah sangat..air milo pulak dalam gelas besar 2 hengget je!  balik hostel packing packing barang abg datang ambil bawak jalan jalan dekat dataran merdeka. tengah tengah hari ade jugak pelancong siap terlentang atas rumput ambil gambar ramai ramai. tak mau lah aku.. tapi ambil jugak gambar sampai mata tertutup panas sangat. last sekali bawak pegi masjid india. sebab dah taktau nak pegi mane plus masa tak cukup. balik hostel um yang unik, rehat rehat solat maghrib then gerak ke hentian putra. ramai sangat orang dengan busnye banyak jadik kena tangkas nama bus diumum terus lari naik bus. tangkas kena ade!

simple je kan? tapi banyak moment yang lawak plus bengongness sikit. share dengan bff yang datang je.. muahahaaaa

esok i datang lagi tau SA..
=)


May 06, 2013

cabaran pre konvo : backpacker

:')

semalam meriah meriah duk tunggu keputusan pru13 kawan A call.

"baca mesej tak"

aku blur

"ada hantar mesej? kejab nak bace"

dup dap dup dap dah. ingat posting kije. rupenya kawan A cancel nak pegi konvo. maknenya dengan tempat penginapan pengangkutan semua cancel. sebab nak stay rumah sepupu A. itu lah plan asalnye. dah la esok malam dah nak naik bus pegi amek jubah dah. ish. itulah ceritanye. call kawan B, cakap cakap and kata sepakat diambil. kita akan tetap pegi. SA tuh mesia lagi.. insyaAllah selamat :')

memula act macam xde pape, nak terjah SA camtuh je. rasa tak sodap hati try google cari hotel berhampiran uitm. tapi semuanye full booked okay.. hahaha gelak je mampu.. kihkih ..rasa marah? tak! sebab kita hanya merancang. cuma rasa terkilan sikit la. kalau tak rasa pape, tak normal la tuh hoi..

tetibe realise, dalam hidup ni kena sentiasa ada plan B. mungkin dengan pengalaman nie aku kan lebih bersedia nak pegi travel ke mana mana. hiks. jangan terlalu percaya semuanye akan berjalan lancar sebab mesti akan muncul masalah yang tak diduga. dan yang paling penting jangan mudah marah atau melenting. bertambah lagi pengalaman hidup aku..

#note untuk diri aku sendirik nih.. kuikui.

pernah tengok senyuman di kuala lumpur? hah camtu lah kami nanti :')


 jumpa di SA yeah!

May 02, 2013

random 1 : khabar angin 2 may





semalam beria nak debarkan hati yan ngan azie. kunun kunun 2 may dah tau posting kat mane.. hiks! bace kat fesbuk group je.. siap bagitau yan dah kena start study malam nie jugak. kemain aku...

p/s : baru perasan yang cabaran 30 hari tak siap siap since tahun lepas lagi.. haish! kije separuh jalan je kan.
p/s 2 : akan siapkan! sooon! =) janji ditepati. #eh 

May 01, 2013

tips jimat bagi penganggur nak jimat macam aku lah kan


a few tips bagi penganggur nak jimat macam aku lah kan :

1- jangan keluarkan duit dari bank tuh.. biar dieorang beranak pinak. bukan kita nak sambut dieorang beranak pon kan ;) letak sikit sikit dalam bank yang berlainan. bila duit sikit nak keluarkan sikit pun akan rasa sayang kan.. dan perasaan miskin akan terserap dengan segera di dalam hati *angguk

2- keluarkan separuh. macam aku, aku biar duit dalam bsn 1k je. tiap tiap kali aku terpikir nak amik duit dalam tuh, ucap dalam diri. duit tuh simpanan aku nak pegi konvo. diri tak rasa yakin bila keluar dari kelate duit kurang dari 1k. keep repeat it until rasa sayang giler nak keluarkan okay. separuh lagi tuh aku bagi mak aku. haha.. berkat beb! =D


3- jangan beli barang yang tak penting. sejak aku jadik penganggur nih 1 baju pun aku tak beli. kenape? sebab masa kat jb dan melaka aku boros. beli tapi tak pakai. godek godek dalam almari banyak lagi baju aku. buat ape nak membazir kan. lagipun hazabedah bila duit takde dalam bank korang tau tak! pernah hanya ade suploh hengget je dalam bank. jangan hanya amik iktibar tapi amik langkah sekali! mix and match.. asalkan tutup aurat =)

4-topup dan internet. aku memang jarang jarang giler topup. kalau ada hal mustahak kidnap je tepon mak sekejab reply sms. kalau tak pun esoknye baru aku balas sms atau message melalui fb.. hal internet pulak aku dapat internet free.. time kaseh wifi masjid kg rekang hulu jugak wifi umk. banyak berjasa :') jugak abang aku. aitu die nak balik kg, tanya aku n lil sis nak hadiah ape. aku reply nak camera lil sis nak tepon. yes. lil sis dapat tepon aku dapat signal king. sigh! dengan alasan aku kuat online kesian kena duduk tepi jendela T_T 

5- shopping online. bila ada yang cantik aku berkenan cair melting ucap dalam hati. nanti aku kije siap korang! semua aku borong. padahal nak sodapkan hati sendirik..! puih! tetiap malam aku cuci mata tau! walau nafsu shopping aku kuat aku dapat kawal bak makan kek  .. muahahaa


hari isnin aitu aku beli jubah. special untuk mak aku..  1st  beli baju since jadik penganggur. warna pon macam buah anggur. 6 bulan tau aku tanam anggur. jangan memain..



tak sabar nak tengok mak pakai.. mesti comel.. hiks!

p/s : thanks wani.. wani like pic tudung kalau tak silap ore dalam butik nie, ore pon godek godek jugak. terjumpa baju nie. chenta boutique =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...