July 31, 2012

dulu sekarang perjalanan hidup lah sangat

selamat berpuasaaa! :)

meh sini nak bagitau perihal aku yang dulu dan sekarang. insyaAllah makin berubah sikit sikit. sape yang rasa hmm tak pape je blog nie sila menjauh. sssh! go away! ;)

#DULU
aku rasa dulu aku sangat sangat teruk.
*geleng geleng angguk angguk kepala*
sebagai contoh lah. suka sangat tido lewat malam.
 study?
no! no! no!
online. fesbuk. maklum la baru kenal hape itu pesbuk.
maen handphone.
tengok video youtube memanjang. yooo yoo ooo je.
bila esok de test quiz baru terhegeh hegeh nak konon2nye bace paham hafal.
tapi sempat jugak time tuk fb dan bende yang melalaikan.
=(
nak sedih pun dah tade guna.
tapi part yang bagus sikiiit bila zaman belajar, masuk lab je aku cepat siap.
pastuh da siap sibuk pegi kacau kawan kawan. dah dapat balik amek beg tanya ape nak masak bla bla.
padahal kawan tengah concentrate habes  kaw kaw. balik umah masam muka.
part yang aku ingat lah.

part kawan plak.
kawan hookay je.
puji, mengata, tertawa, menangis semua sama sama.
kami semua 7 orang.
time ketawa semua boleh share.
tapi yang private sikit takkan nak share dengan semua kan?
just a few je lah kan. tapi papepun kami rasa bagai sebuah FAMILY.
rapat. insyaAllah.

dulu time masih kat matrik. oh yang atas tue time masuk kolej.
matrik dulu mesti je ada bende yang membuatkan aku lalai.
ye lah 1st time berjauh dari mak ayah.
terlalu hepi. hohooray.
terlalu sedih. soob sooob.
duit plak banyak. berK kepuk kepuk dalam bank.
mula rasa study reramai, berjalan jalan dan hidup as budak matrik
amat amat SUSAH nak kejar masa, kejar kelas etc.
tapi alhamdulillah time matrik dulu solat tak tinggal.
maghrib isyak berjemaah dengan rumet :D

#sekarang
hmm sekarang. aku rasa semakin memahami ape itu hidup.
dari segi material.
kena kira sendiri perbelanjaan dengan duit yang hanya beratus je.
untuk tambang bus, sewa rumah, internet, makan, pakai.
bila nak berbelanja pun kena kira. cukup tak sampai masuk next duit.
hakikat! duit susah nak dapat tapi amat senang untuk dibelanja.

dari segi agama. alhamdulillah. hidayah patut dicari bukan ditunggu :')
memang masa kat kolej, jujur dikatakan.
solat subuh asyik rongak je.
means that solat lewat, terbabas, dan berbagai lah.
azam je lebih nak bangun awal tapi buatnye derk!
tapi sekarang alhamdulillah.
solat tak terbabas. rasa syook sangat bila dapat solat.
rindu nak berjumpa denganNya.
bercerita segala masalah. bukan pada manusia tetapi kepadaNya sang pencipta.

pernah menangis teresak2 bila solat.
2 kali okay. cabaran yang amat!
alhamdulillah tuhan memberi kekuatan.
yang mungkin tidak dapat dilihat oleh orang lain tapi dapat dirasai dalam diri aku,
syukur sangat sangat.

banyak yang nak ditulis tapi takpe lah.
*pang*
realiti! hooi baju tak iron lagi. esok kene keje.

# sangat sangat tersangat menyesal sebab tak study bebetul dulu.
# sorang besfren marah sebab tinggalkan matrik. bff, ade hikmah di sebaliknye okay :')
#rindu nurul sayang si ototoxicity budak pekak badak. hehe

si oto dan si banyak cakap.

dulu bole pegang pegang tangan.

hot fm pasang lagu raya. demn! lambat lagi nak raya.


July 26, 2012

mari mengeluh

semalam, tengah hari jalan keluar dari bangunan A. hala tuju dilangkah dengan penuh yakin ke arah bangunan OPD sambil mengeluh. jauh woi jauh. niat hati nak jalan cecepat, sampai surau terus semayang.

sambil jalan mata melilau.

masa nak lintas jalan, nampak lelaki yang aku rasa mukanya familiar dan aku kenal. pegang handphone bajet wakil rakyat. naseb kau hencem. niat hati nak pegi surau Opd terus padam. follow wakil rakyat dari jauh. haha. dalam hati memang dah cakap pegi surau bangunan D lagi dekat =)
and yeah. memang betul~~
demn! xde kaitan dengan tajuk *lupekan*

mengeluh  #1
situasi : dalam surau
dah siap amik wudhu, masuk nak amik telekung yang disediakan dalam surau.
takde.
satu pon takde. dalam hati *ceit. ceit. marah tahpape*
lepas tuh ade sorang baru lepas semayang.
"dah siap?"
"dah!"
" saya amik telekung ep?" (muka manis gula melaka)
*angguk*

mase pakai tuh, mengeluh mengeluh. sebab keadaan telekung tuh sendiri.
basah di bahagian dagu. sangat tak selesa.
berperang dengan hati sendiri. dang dang dung nak pakai ker tak. last choice. hamek je lah. solat cecepat.

suda je terus aim dalam hati.

aku nak bawak telekung aku sendiri daah! titik.


keesokannya

mengeluh #2


 situasi : dalam surau jugak
amek wudhu, pakai telekung.
nak amik sejadah. eh apesal takde satu pun?
tengok kiri kanan depan belakang.
tengok depan lagi. kira. 1 2 3 4 5 6 7 8 9~~
orang semayang tak sampai lima orang pon.
mata melilau lagi.
tengok tepi, tengok tepi.
takde!
tengok belakang!
demn! demn! dieorang buat alas tidur!
sigh! sigh! sigh!
*pang!* pegi tampar tiap tiap sorang. berani aku.  :P
tipu lol!















July 22, 2012

0o


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong..


July 09, 2012

we : 91's : exploring jaybee

may peace be upon you!

pheeeeew~! akhirnya. akhirnyaa! setelah tujuh bulan plus hari tah bape, we all dapat keluar dari rumah dengan beberapa niat berlandaskan satu alasan. explore jb! owh bukan semua tapi kami berempat je :( yang lain semua balik kampung. jeles!

hepi saturday monim peeps!


okaay. bukan pepagi sangat pon tapi dalam pukul 11 kami gerak. niat hati nak bekpes kat medan selera selat tebrau plus event KotakMusic pukul 11. okay lah tue. kira lepas bekpes terus gerak ke dataran bandaraya johor bahru. tapi terlepas nak tekan loceng kat medan selera selat tebrau so tempat paling dekat kenalah behenti kat hosp. kahkah. owh owh lupe the best part pasal explore jb is kami explore guna kaki dan pengangkutan awam. kau bole? =P alang alang dah sampai hosp = rumah kedua kami, so snap snap pic sambil pikir nak guna jalan short cut mane nak pegi makan. takkan nak bekpes+lunch dalam hosp kot. tiap tiap hari dah makan kat sini.

welcome! welcome! we warmly welcoming you!  :")

oh yeah. takyah guna jalan dalam bangunan merah hati. nati ade yang kenal. kami guna short cut yang kat luar bangunan. exploooore hosp joom! tapi hari minggu, so xde lah ramai orang. sunyi. agak seram. lucky us, ade jugak pak cik mak cik cleaners. xde lah kiteorang je jalan jalan pusing biar penim pale dalam hsa nih!

hsa. back in 21 year  old before 


kan! kan! kan da bagitau. xde orang. @_@

eh eh. dah lupe ape nak tulis. behenti tengok citer. asyik gelak je. gelak seram. suatu malam kubur berasap. cheese! 


okay. jalan short cut banyak yang tutup. berkunci. ye lah dah hujung minggu. sape nak guna. so, pilih jalan yang agak jauh. dekat dengan restoran ZZ yang pemes amos bagi kiteorang time hari jumaat. makanan agak sedap plus mahal sikit. kehkeh. kena lupekan ZZ sebab dah decide hari nie nak cuba bende yang lain dari yang lain. kata nak explore sangat. perut dah nyanyi lagu patah seribu  =( teruskan perjalanan.


kat belakang tuh bangunan tistle.
kat sanelah kiteorang tinggal.
ade caye?

disebabkan dah pukul 12 lebih dan nak jalan kaki ke medan selera selat tebrau terlalu jauh, decide nak pegi dataran bandaraya dulu ah. fuuuh. harap sangat ade orang jual makanan. boleh ah isi perut alas alas sikit. dah sampai. dah sampai. kiteorang dah sampai. kira okay la dataran nie. kat belakang dataran pon cun tempatnye. kira kalau nak posing tuh bole la. 



tapi part yang tak cunnya ialah! jeng jeng jeng



hwuaaa nak hujan. ingatkan nak hujan je belum hujan lagi. baru je nak usha tengok barang barang jualan kat bahagian depan dataran nie. jalan kat depan sikit semua dah tak tau nak pegi usha barang atau nak patah balik cari tempat perlindungan sebab hujan dah ade rentak sikit sikit. last last cari tempat berlindung sebab hujan lebat kemain uols! memula berlindung kat luar bangunan, pastuh masuk ke dalam bangunan dapat duk atas sofa dengar pak cik pasang lagu hape ntah. sejuk perut lapar nasib baek tak tertido. dalam hati cepat la hujan behenti. naak maaakaan!

rasenye lah dalam kul 1 kot hujan behenti. kira punye hitung tolak tambah semua decide nak kuar dari dataran cari tempat makan. jalan kaki lagi. dari jauh nampak macam ramai orang. macam ade orang jual makanan. jalan separuh jalan nampak macam balai polis plak. jalan lagi nampak macam rumah orang. mata dah rabun kot. jalan je la dengan harapan menggunung. tengok tengok memang kedai. eh bukan. gerai makanan. dekat dengan galeri mawar. kira dalam pagar galeri mawar. kedek kedek lintas jalan. agak ramai pelanggan. kueh mueh muehehe banyak. sume pilih nasik lemak. tak cukup dengan tue mitak pisang goreng. nah amek kau! makan! makan! kira tempat nie femes dengan pisang goreng kot. ramai yang makan tue. memang sedap ah pisang die. net siap tapau lagi. gulp!

niat asal jenjalan.



lepas makan seberang jalan lagi. back to dataran. sebab niat asal kan nak pegi tengok kotakmusic. alang alang dah kuar nih niat asal kena tertunai kaaan? =D pegi je tengok dieorang tengah susun barang lagi. sebab tadi kan hujan. mane barang barang yang tak sempat bawak lari masuk kete memang basah kuyup la. car boot sale.  ade yang tengah lap plastik tudung. ade yang susun barang perhiasan tapi banyak yang jual tudung baju etc. fahrin ahmad pon ade. shila hamzah and pesawat sampai dalam kul 4. lambat ah nak tunggu plus belum sembahyang. nak amek pic dengan FA tapi segan.



gelang 4 sahabat. cun! cun!
aiskrim mesia pon sedap. lima posen sebatang. okaay harga diterima. lulus!

dah panjang sangat. pendekkan plez! dalam pukul 3 kiteorang blah. next is city square. solat pastu jalan kaki lagik. kunun nak explore kat bandar plak. nak cari jalan dhoby dengan jalan sengget and pasar karat. dua je jumpe. yang dhoby punye tak jumpe.jumpe satu lorong yang agak banyak jual makanan tapi tak bape sure malay or chinese penjualnye. persiaran hape ntah. tapi agak frust bila dibagitau sengget n karat nie paling awal bukak kul 8. ah papepon makan dulu pastu baru decide nak buat hape kan. lagipun baru pukul 4. ade 4 jam lagi. agagaga.

makan makan kat dataran sengget. eh eh dah pukul 6. agak lame jugak kiteorang makan plus borak plus niat nak tukar plan. nak tengok movie lah. dah bla bla bla siap tambah air tambah makanan lagi. solat asar and solat maghrib jenjalan jab dalam CS. ingat nak pegi pasar sengget jab then pegi danga bay tapi tengok tengok fuuuuyoooo meriah giler jb time malam.memang tak sangka hidup sangat time malam. siang mati je. kehkeh. pasar die ala ala macam pasar wcy kat kelantan tapi for sure lah wcy lagi meriah. danga bay cancel! hehe. siap ade orang karaoke and ade mak cik serta kanak kanak pompuan menari. kami plak yang rasa malu. ceit~~


semua muka puas dapat jalan jalan makan makan explore explore kenal kenal lepak lepak. time kasih time kasih sebab semua nak keluar hang out. =)

esokny sakit kepala. kahkahkah. 






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...